Assalamualaikum,
ok, post hari ni berkenaan dengan anai-anai. Mesti korang tertanya-tanya kenapa tajuk post hari ni Anai-anai kan? Haa, ni sebabnya barang-barang aku baru je kena makan dengan anai-anai. huhu~
Anai-anai atau nama saintifiknya Kalotermitidae, Rhynotermitidae atau Termitidae ialah spesis yang banyak terdapat di Malaysia. Anai-anai juga ialah serangga sosial yang termasuk dalam order Isoptera. Anai-anai biasanya membuat sarang dalam tanah atau kayu. Anai-anai selalunya merosakkan kayu yang merupakan makanan utamanya. Namun, terdapat banyak spesis anai-anai yang berfaedah dalam ekosistem hutan yang berperanan sebagai pengurai kayu dan daun-daun di permukaan tanah kawasan hutan. Kira-kira 10% daripada anggaran 4000 spesis (kira-kira 2600 telah dikenalpasti) merupakan serangga perosak.
Kitaran hidup anai-anai adalah kompleks kerana ia hidup dalam kasta. Bermula dengan raja dan permaisurinya yang menghasilkan beribu-ribu telur dan menetaskannya. Ribuan anak anai-anai kemudiannya menjadi pekerja, askaratau kadang-kadang menjadi kelekatu.
Kelekatu ini juga dikenali sebagai kasta pembiakan dengan mata yang telah berkembang baik berbanding kasta anai-anai lain. Kelekatu yang bersayap ini juga mempunyai jantina. Kelekatu akan keluar dari sarang dan terbang pada waktu senja terutamanya menjadi raja dan permaisuri serta membina koloni baru.
Anai-anai pekerja biasanya tidak bersayap, mandul dan buta. Anai-anai askar juga tidak bersayap dan mandul tetapi mempunyai kepala dan mandibel (bahagian mulut serangga) yang kuat untuk menggigit bagi mempertahankan koloni.
Selain itu, anai-anai peringkat rendah terpaksa bersimbiosis dengan protozoa dan bakteria untuk menghadamkan kayu yang dimakan. Manakala anai-anai peringkat tinggi seperti anai-anai busut menggunakan kultur kulat untuk penghadaman dan pada masa tertentu cendawan busut akan keluar daripada sarang anai-anai ini.
Kebanyakan anai-anai makan secara trofalaksis iaitu askar akan memberi pekerja makan, samada dari mulut ke mulut atau anus (dubur) ke mulut.
ok, itulah serba-serbi infomasi tentang anai-anai yang telah merosakkan hampir sebahagian harta kesayangan aku. Infomasi tentang anai-anai ni adalah ihsan daripada Wikipedia. Dibawah ni gambar-gambar 'Private Property' aku yang telah dicerobohi oleh anai-anai.
pergh! teruk sangat ni haa...~
sekali buku 'favourite' kena daa..-_-
Beg PPUO pun turut sama kena...-_-
Tolong hiraukan kucing itu..~
So, cara paling berkesan nak buang anai-anai semburan racun serangga and thanks to Ridsect sebab sentiasa ada disaat memerlukan dan lepas ni terpaksa la berhabis duit nak buang anai-anai ni secara menyeluruh. #duitohduit
No comments:
Post a Comment