Saturday, June 8, 2013

Festival Kebudayaan Dan Warisan Politeknik Malaysia Ke-3

Assalamualaikum,

Post pada kali ni aku nak highlight pasal event yang aku join baru-baru ni iaitu Festival Kebudayaan Dan Warisan Politeknik Malaysia Ke-3. Event ni memang event yang terbaik, terhampeh dan terkezut yang pernah aku join. For your information, festival ni terbahagi kepada 3 kategori iaitu kategori nyanyian, tarian dan dekon (deklamasi lakonan). 




Kategori nyanyian pula terbahagi kepada 3 iaitu Solo Lelaki, Solo Perempuan dan Duet. Tema yang digunakan dalam kategori ini ialah tema P.Ramlee. So, semua yang participate dalam kategori nyanyian semua kena dendangkan lagu P.Ramlee tak kesah lagu apa-apa yang penting lagu itu lagu yang pernah didendangkan oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. 

Ok, cukup sampai disitu dan seterusnya ialah kategori Rampaian Tarian Tradisional Kreatif. Kriteria yang perlu ada dalam kategori tarian ini ialah setiap tarian mestilah asli dan tidak meniru mana-mana jenis tarian selain kreativiti dalam mencipta koreografi sendiri.

Kategori yang terakhir ialah kategori Dekon (Deklamasi Lakonan). Dekon terhasil daripada mendeklamasikan samada sajak, puisi @ syair dalam bentuk lakonan. Ianya sama seperti teater cuma yang disampaikan bukanlah dialog tetapi sajak, syair @ puisi. So, boleh dikatakan kategori ini baru sahaja diadakan dalam festival kali ini.

Dibawah ni ada sedikit gambar peristiwa sebelum, semasa dan selepas festival ni,

Team PTSB

Trofi kemenangan



Kumpulan Tarian Seri Gemalai

Team PTSB & PKB

muka sengal!

nadia a.k.a mak ;)

dinner time!

ada gaya macam mak x..? :P

ini ialah datin seri :P

Team PKB

Group PEWARIS'T

:D

ok, sebenarnya dalam festival ni politeknik aku dapat tempat ketiga untuk kategori Dekon dan walaupun tak menang untuk kategori yang lain tapi apa yang aku dan budak-budak politeknik aku dapat ialah pengalaman yang sangat bermakna. Semoga lepas ni jumpa di PSAS untuk Festival Kebudayaan Dan Warisan Politeknik Malaysia Ke-4. ;)