Saturday, June 8, 2013

Festival Kebudayaan Dan Warisan Politeknik Malaysia Ke-3

Assalamualaikum,

Post pada kali ni aku nak highlight pasal event yang aku join baru-baru ni iaitu Festival Kebudayaan Dan Warisan Politeknik Malaysia Ke-3. Event ni memang event yang terbaik, terhampeh dan terkezut yang pernah aku join. For your information, festival ni terbahagi kepada 3 kategori iaitu kategori nyanyian, tarian dan dekon (deklamasi lakonan). 




Kategori nyanyian pula terbahagi kepada 3 iaitu Solo Lelaki, Solo Perempuan dan Duet. Tema yang digunakan dalam kategori ini ialah tema P.Ramlee. So, semua yang participate dalam kategori nyanyian semua kena dendangkan lagu P.Ramlee tak kesah lagu apa-apa yang penting lagu itu lagu yang pernah didendangkan oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. 

Ok, cukup sampai disitu dan seterusnya ialah kategori Rampaian Tarian Tradisional Kreatif. Kriteria yang perlu ada dalam kategori tarian ini ialah setiap tarian mestilah asli dan tidak meniru mana-mana jenis tarian selain kreativiti dalam mencipta koreografi sendiri.

Kategori yang terakhir ialah kategori Dekon (Deklamasi Lakonan). Dekon terhasil daripada mendeklamasikan samada sajak, puisi @ syair dalam bentuk lakonan. Ianya sama seperti teater cuma yang disampaikan bukanlah dialog tetapi sajak, syair @ puisi. So, boleh dikatakan kategori ini baru sahaja diadakan dalam festival kali ini.

Dibawah ni ada sedikit gambar peristiwa sebelum, semasa dan selepas festival ni,

Team PTSB

Trofi kemenangan



Kumpulan Tarian Seri Gemalai

Team PTSB & PKB

muka sengal!

nadia a.k.a mak ;)

dinner time!

ada gaya macam mak x..? :P

ini ialah datin seri :P

Team PKB

Group PEWARIS'T

:D

ok, sebenarnya dalam festival ni politeknik aku dapat tempat ketiga untuk kategori Dekon dan walaupun tak menang untuk kategori yang lain tapi apa yang aku dan budak-budak politeknik aku dapat ialah pengalaman yang sangat bermakna. Semoga lepas ni jumpa di PSAS untuk Festival Kebudayaan Dan Warisan Politeknik Malaysia Ke-4. ;)

Friday, May 17, 2013

Kerosakan Perosak yang Merosakkan (Anai-anai)

Assalamualaikum, 

ok, post hari ni berkenaan dengan anai-anai. Mesti korang tertanya-tanya kenapa tajuk post hari ni Anai-anai kan? Haa, ni sebabnya barang-barang aku baru je kena makan dengan anai-anai. huhu~ 

Anai-anai atau nama saintifiknya Kalotermitidae, Rhynotermitidae atau Termitidae ialah spesis yang banyak terdapat di Malaysia. Anai-anai juga ialah serangga sosial yang termasuk dalam order Isoptera. Anai-anai biasanya membuat sarang dalam tanah atau kayu. Anai-anai selalunya merosakkan kayu yang merupakan makanan utamanya. Namun, terdapat banyak spesis anai-anai yang berfaedah dalam ekosistem hutan yang berperanan sebagai pengurai kayu dan daun-daun di permukaan tanah kawasan hutan. Kira-kira 10% daripada anggaran 4000 spesis (kira-kira 2600 telah dikenalpasti) merupakan serangga perosak.

Kitaran hidup anai-anai adalah kompleks kerana ia hidup dalam kasta. Bermula dengan raja dan permaisurinya yang menghasilkan beribu-ribu telur dan menetaskannya. Ribuan anak anai-anai kemudiannya menjadi pekerja, askaratau kadang-kadang menjadi kelekatu.

Kelekatu ini juga dikenali sebagai kasta pembiakan dengan mata yang telah berkembang baik berbanding kasta anai-anai lain. Kelekatu yang bersayap ini juga mempunyai jantina. Kelekatu akan keluar dari sarang dan terbang pada waktu senja terutamanya menjadi raja dan permaisuri serta membina koloni baru.

Anai-anai pekerja biasanya tidak bersayap, mandul dan buta. Anai-anai askar juga tidak bersayap dan mandul tetapi mempunyai kepala dan mandibel (bahagian mulut serangga) yang kuat untuk menggigit bagi mempertahankan koloni.

Selain itu, anai-anai peringkat rendah terpaksa bersimbiosis dengan protozoa dan bakteria untuk menghadamkan kayu yang dimakan. Manakala anai-anai peringkat tinggi seperti anai-anai busut menggunakan kultur kulat untuk penghadaman dan pada masa tertentu cendawan busut akan keluar daripada sarang anai-anai ini.

Kebanyakan anai-anai makan secara trofalaksis iaitu askar akan memberi pekerja makan, samada dari mulut ke mulut atau anus (dubur) ke mulut.

ok, itulah serba-serbi infomasi tentang anai-anai yang telah merosakkan hampir sebahagian harta kesayangan aku. Infomasi tentang anai-anai ni adalah ihsan daripada Wikipedia. Dibawah ni gambar-gambar 'Private Property' aku yang telah dicerobohi oleh anai-anai.

pergh! teruk sangat ni haa...~

sekali buku 'favourite' kena daa..-_- 

Beg PPUO pun turut sama kena...-_- 

Tolong hiraukan kucing itu..~

So, cara paling berkesan nak buang anai-anai semburan racun serangga and thanks to Ridsect sebab sentiasa ada disaat memerlukan dan lepas ni terpaksa la berhabis duit nak buang anai-anai ni secara menyeluruh. #duitohduit


Saturday, May 11, 2013

The Making Of MV 'Be Mine - Tasha Manshahar & Syed Shamim'


Assalamualaikum, 



First of all, nak minta maaf sangat-sangat sebab dah lama tak update blog yang tak seberapa ni. Post kali pasal The Making Of MV 'Be Mine - Tasha Manshahar & Syed Shamim. Tiba-tiba rasa nak post pasal ni even rakaman ni dah lama dah bulan 10/2012 tapi sampai sekarang ramai yang tertanya-tanya pasal MV ni dan sebab MV ni lah nama Tasha Manshahar & Syed Shamim sendiri diangkat naik daripada Youtubers hingga menjadi artis naungan FMC Music Sdn. Bhd. Tambahan pula, dorang masih study kalau tak silap di Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK). Tak lupa juga kepada yang telah menjayakan MV ni termasuk saya sendiri..~ hehe! Ok, shooting MV dilakukan sepanjang dua hari dan ni diarahkan oleh saudara Sufiyan Safwan daripada Clora Studio dimana tempat Tasha Manshahar & Syed Shamim dicungkil bakat mereka. Krew-krew produksi ialah daripada Anak Wayang. Thanks to Saudari Niena Ajlaa selaku make-up artist kiteorang sepanjang shooting MV... Ok kat bawah ni gambar-gambar peristiwa sepanjang shooting MV Be Mine, enjoy..;)

Day 1

Briefing daripada saudara Sufiyan Safwan

sempat lagi member sorang ni snap pic ngan Tasha Manshahar

termasuk la saya ni haa..~ hehe! ;)

Perbincangan sebelum rehersal bermula


muka penat tapi sempat pose ye..;)

last briefing untuk shooting esok

Day 2

Part 'flashmob'

kesengalan sebelum shooting bermula..;)

makan oh makan ;)

persiapan sebelum shooting bermula


shuweet kan..? <3 font="">

budak belon ;)

duckface :P

krew Anak Wayang

keadaan tempat kejadian ;)

abang akem dari Anak Wayang briefing sikit

pening oh pening :P

last scene for this MV

nak belon tu...;)

iena ngan safa are part of this MV

haa, ni la niena ajlaa selaku make-up artist 

still briefing..

ok, yang berbaju pink tu ialah Azlia Zarliana, one of the youtubers gak..;)

lima jejaka kacak.. pilih lahh! ;)


Snapshot 

Snapshot from Moment Photograph


Cam rehersal - Be Mine


Official MV - Be Mine

p/s: sepatunya MV ni sampai malam tapi tak sempat nak pergi support sebab penat giler dari pagi sampai petang shoot. fuhh! kalau ada sebarang komen boleh la komen kat bawah ni.. thx sebab sudi baca post kali ni ;)